Thursday 12 April 2012

Cara Pengendalian Susu Ibu Perahan (SIP)


                                                                
1.       PENYIMPANAN SUSU IBU PERAHAN

Letakkan susu ibu yg segar/cair sepenuhnya pada belah bawah peti ais.
Nota:
a)      Segar = Susu yang baru diperah dan tidak pernah dibekukan (tahan 4 hari)
Nota: Susu segar ini boleh dibekukan sekiranya tidak digunakan dalam masa 4 hari
b)      Cair sepenuhnya = Susu yang dibekukan dan telah dicairkan sepenuhnya (tahan 24 jam)
Nota: Susu yang telah dicairkan ini tidak boleh dibekukan semula. Jika tidak digunakan dalam masa 24 jam, susu hendaklah dibuang.



2.       MEMANASKAN SUSU IBU PERAHAN

Jangan panaskan susu ibu di atas dapur, ketuhar. Susu yang disimpan di dalam plastik/liners harus dicairkan terlebih dahulu sekiranya beku dan pindahkan ke dalam botol untuk proses pemanasan.

Gunakan warmer ataupun masukkan 1 cawan air panas dan 1 cawan air kosong dalam mangkuk kemudian rendam botol susu hingga susu suam.

Tuangkan susu yang suam ke dalam botol susu untuk penyususan bayi.

Nota:
Jangan panaskan terus susu ibu yang masih beku kerana ia akan mengganggu komposisi susu tersebut. Susu seharusnya cair sepenuhnya sebelum dipanaskan. Satu cara mudah untuk mencairkan susu beku adalah dengan meletakkan botol/plastik/liner di dalam mangkuk berisi air kosong, dan simpan di peti sejuk bawah sehingga ia cair sepenuhnya.
                                                            
                                                                             

3.       PENYUSUAN BAYI

Sila pastikan bayi dan kanak-kanak habiskan susu ibu yang telah dipanaskan dalam masa 1 jam.  Jika melebihi 1 jam, susu yang berlebihan harus dibuang. Jika bayi masih lapar, sila panaskan stok susu lain. Tiada istilah membazir dalam dunia penyusuan susu ibu. InsyaAllah stok mencukupi untuk anak-anak.

p/s: This is a Bahasa Melayu version notes edited to be printed for babysitters whom mostly are not familiar with the simplest way of handling expressed breast milk (EBM). Do feel free to share this and print them out for your babysitters too. Credit to a mummy @KIM. Happy breastfeeding mummies..=)

No comments:

Post a Comment