Thursday 4 October 2012

SUSU IBU – KONSEP PERMINTAAN & PENAWARAN (DEMAND & SUPPLY)



Assalamualaikum mommies2  semua..

Sebelum kita mula menyusukan anak, mmg kita mesti kumpul ilmu sikit sebanyak ttg penyusuan ni terutamanya ibu2 yg bekerja mcm saya. Biasanya, kita tak didedahkan dengan ilmu2 ni sebelum kita melahirkan mcm sy jgk dan ramai yg dpt ilmu ni melalui pengalaman sendiri dan ada yg tak berjaya utk menyusukan anak pertama sepenuhnya sehingga usia 2 thn. Tapi mmg dh pasang niat tersebut. Bagus, 'mindset' tu penting..=)

Kebanyakan ibu2 yang tak dapat menyusukan anak memberikan alasan bahawa susu mereka tidak cukup/ kering. Pada pendapat saya, Allah telah menjadikan kita sesempurna makhluk di dunia ini dan sudah menjadi lumrah kehidupan utk seorang ibu itu menyusukan anaknya. Mcmmana nenek moyang kita boleh survive tanpa susu formula? Sah2 mereka juga susukan anak masing2..

Okaylah, mari kita mulakan ‘sekolah penyusuan’ kita ye mommies. Perkara yang paling penting yang patut mommies faham adalah konsep demand & supply. Apa tu? Macam dalam ekonomi jgk. Katakan kita (peniaga) menjual ikan di pasar. Katakan kita ada 10 ekor ikan utk dijual. Itu dikira sbg supply (penawaran). Tiba2 yg nk beli ikan (pembeli) ramai plk..20 orang. Maka, tak dapatlah kt penuhi permintaan mereka hari tu. Adakah kt sebagai peniaga akan duduk sj? Tak kan..mesti kt akan usaha untUk dapatkan bekalan ikan yg lebih, tak kira la pancing sendiri ke, dptkan dari nelayan di pelabuhan ke atau apa saja usaha yg boleh dibuat bg memenuhi permintaan (demand) ikan yg lebih td utk keesokan harinya.

Konsep di atas sm jgk dgn susu ibu..badan kita dh set berapa oz susu yg anak kt minum. Kalau mommies rs susu merudum, tgk balik jadual penyusuan kt. Katakan anak biasanya bf 3 jam sekali, tp mungkin sbb leka, dia x mintak susu lebih dr 3 jam, itu dh kira gangguan dlm penghasilan susu ibu. Otak kita akan mendapat signal bahawa supply dh terlebih so kena kurangkan. Esknya merudum la hasil susu. Padahal kita mmg nk maintain hasil susu yg ada. So, kaedahnya mommies..kalau anak terskip 1 sesi penyusuan iaitu lebih dr ms biasa dia menyusu, kt mesti rajin n pam susu tersebut. 



Okay, ada yg tanya kalau susu mmg x ckup mcm mana nk tambahkan production? Sy dh lukis graf di atas utk buat mommies faham. Sy mmg suka ekonomi dulu..hehe. Macam peniaga td, setelah mendapati demand lebih dr supply, dia berusaha dgn pelbagai carakan..sm jgk la kt..kalau Mama B jeles dgn Mama A, dia mesti rajin berusaha (initiatives) melalui pam susu terutamanya lepas susukan anak/ tandem iaitu pam semasa susukan anak/ buat power pumping..Banyak info psl power pumping kt internet ni. Okay soalan mommies lg..’Tp pam pn xde susu mcm mane?’..hehe..Mmg itu la konsepnya..kt pam je walaupun pam angin semata-mata..bukan nk buang masa tp utk hantar signal kt otak kt yg lebih susu diperlukan..kalau kt amalkan pam selalu, bila otak kt dh dpt signal tu, badan kt pn automatik akan hasilkan susu yg lebih mcm Mama A..tp bukan serta merta ye mommies. Ikut badan org jgk. Ada yg sehari n ada yg seminggu dh nmpak kesan..fahamkan konsep (lebih demand - lebih supply) n (kurang demand - kuranglah supply)..tu je..yang penting kita yakin pd diri sendiri dan kuasa Yang Maha Esa..Allah dh aturkan segalanya dengan sempurna. 


Happy breastfeeding mommies..xoxo!!

p/s: Sila buang tanggapan bahawa supplement yg beratus2 ringgit tu akan menambahkan susu ibu ye. Kalau kt ambil 100 jenis supplement pn tp tak susukan anak n pam secara konsisten, confirm susu akan merudum jgk. Elok boleh save bila kt susukan anak sbb tak beli susu fomula, membazir pula beli supplement yg belum tentu kesannya. Ingat ye mommies. Baik gunakan duit tu utk beli pam yg hebat or pg holiday dgn family kat pulau..hehehe..;-)

2 comments:

  1. salam sis zira...

    sy selama ni pump sebelh kanan je..sekali pump u 1sessi smpi 6 taw 8oz...belh kiri x smpi 2 oz...(silap sy sbb x kerap pump taw df belah kiri) n now sy terasa sgt sbb stok pump hr ni u esk...(luahan perasaan... :()

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam su..

      hasil pam dua2 belah x sama tu mmg sgt normal..mcm su ckp jgk..sbb x kerap pam/df sebelah kirikan..tp susu masih adakan?..so su msh boleh stimulate susu sebelah kiri tu dgn kerap pam n df baby..

      jgn risau..kalau ckup perahan hari ni utk esk tu dh ckup bgs dh..tp kalau rajin pam kt rumah lg utk buat stok lg bgs..x semestinya pam trus dpt bnyk..kalau dpt 1oz sekali pn, masih boleh campur dgn hasil pam sesi seterusnya..yg pntg ms nk campur tu mesti pd suhu yg sama..jgn sedih2 tau..mood kt pn blh ganggu production susu..good luck sis..=)

      Delete